©
R A I N I N G. D A Y


  • Nadiewoo. Student. Cute. And peace yo








  • Skins: Mayra
  • Help: Amiraa
  • Edited: Nadiewoo

  • That's moment .
    Tuesday, July 30, 2013 | 0 Comments


    Hujan yang mencurah-curah membasahi bumi . Masih lebat seakan - akan tiada petanda mahu berhenti . Aku dan rakan ku yang lain tidak dapat pulang ke rumah . Kami hanya menunggu di kerusi batu yang kami sering bergelak ketawa bersama dan bercakap bersama . Kerusi batu itu yang menjadi saksi akan keakraban kami . Ya . Sahabat .

    Tidak lama setelah itu, datang seorang lelaki yang menjadi tumpuan ramai di sekolah ku . Masih menyandang beg nya itu . Lelaki itu menegur rakan - rakan ku yang lain tetapi tidak aku . Dia hanya memandangku tanpa berbicara dengan ku. Dan aku . Aku hanya mendengar perbualan mereka tanpa bersuara . Pedih . Itu yang aku rasakan . 

    Lalu, lelaki itu mengeluarkan dua helai kertas daripada beg sandangnya kemudian dia memberikan kertas itu kepada rakan ku . Aku hanya memandang bisu . Mereka berbual mesra tanpa mempedulikan aku yang di sini . Di saat itu, aku merasakan air mata ku ingin sahaja gugur seperti air hujan yang jatuh menyentuh lantai bumi . Setelah itu, lelaki itu pulang bersama beg sandangnya . Aku hanya mengucapkan 'selamat tinggal' melalui ekor mataku . Mulut ku hanya membisu seribu bahasa . Hati ku pedih .

    Melihat rakan-rakanku bercakap mengenai surat yang diberi oleh si dia sebentar tadi . Aku mula tertanya-tanya . Apakah yang tertulis di atas kertas yang dibuka kemas oleh rakan-rakanku itu . 

    "Apa yang dia tulis?" soalku .
    "Kau rasa ?"   
    "Kau ni . Manalah aku tahu dia tulis apa . Aku tak dapat pun surat macam korang"
    " Hmm .. dia tulis yang dia ingin berpindah ke luar negara"

    Aku tersentak . Aku merasakan yang dunia mulai gelap . Titisan hujan yang aku dengari sejak tadi sudah tidak mengeluarkan bunyi . Telingaku seakan-akan pekak . Mataku tidak dapat berkelip seakan-akan diriku menjadi batu . 

    Tiba-tiba . Datang sekumpulan kanak-kanak menyelerakkan buku-buku ku yang berada di atas meja . Aku tidak mampu melarang mereka . Dan aku hanya terpinga-pinga akan perbuatan mereka . Mulut ku terkunci untuk memarahi mereka . Tiba-tiba aku melihat kanak-kanak itu berlari untuk menyelamatkan diri daripada seseorang . Di saat itu aku mencari rakan-rakanku . Tiada . Aku melihat ke hadapan dan melihat sesusuk tubuh yang tinggi . Aku mendonggak ke atas . Terkejut . Dia . Lelaki itu datang menghentikan perbuatan kanak-kanak yang nakal itu . Aku hanya memandangnya kosong . Lelaki itu terus berpaling untuk pulang ke rumahnya . Aku mengekorinya . 

    "Kenapa awak perlu pindah ?" Kakinya berhenti melangkah .
    "Kau tak perlu tahu"   
    "Tapi kenapa ?"
    "Sebab aku tak kenal kau"    

    Jantungku seakan-akan berhenti berdegup setelah mendengar jawapannya . Air mata yang cuba aku tahan sejak tadi akhirnya gugur juga . Jatuh membasahi lantai bersama dengan titisan air hujan yang masih belum berhenti . Baju dan tudung ku mulai basah . Begitu juga dia . Kakinya terus melangkah tanpa menghiraukan aku yang berada di belakangnya .

    "Tapi . Kita masih boleh berkenalan!" jeritku . Dia berhenti .
    "Tak perlu . Aku tak sudi"

     . . . . . .

    "Baiklah, tapi saya ingin minta tolong dengan awak"  Tiada balasan daripadanya.
    "Saya nak bergambar dengan awak buat kali terakhir sebelum awak pergi"  Dia terus berpaling ke arah ku .Aku tersenyum hambar . Dia diam seketika sambil melihat lantai .

    "Baiklah"

    Jawabnya lemah .
    Aku hanya tersenyum . Dan kami mengambil gambar bersama . Kami berjarak jauh . 

    "Hana dul set!" 

    ****

    Kami hanya tersenyum hambar dan tiada keihlasan di situ . Senyuman terpaksa . Itu yang aku mampu beritahu . Aku memandang ke luar tingkap melihat cahaya matahari yang menyinari alam . Cerah dan tidak mendung lagi . Aku tersenyum dan menyimpan gambar itu sebagai kenangan ke dalam kotak rahsiaku . Gambar antara aku dan dia . 


    Post a Comment

    0 comment(s)